KUALA LUMPUR, 9 April -- Pengunjung Menara Berkembar Petronas tidak melepaskan peluang untuk merakam kenangan bergambar bersama logo ASEAN Malaysia 2025, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) Ke-12 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.
Logo rasmi ASEAN Malaysia 2025 yang bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" itu menampilkan lambang ASEAN yang dilingkari dengan rekaan berbentuk bunga raya, diserikan dengan warna-warna utama bendera negara-negara anggota ASEAN. Reka bentuk yang sarat simbolik ini bukan sahaja mencerminkan perpaduan serantau, malah turut menjadi tarikan utama orang ramai di pekarangan KLCC.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, April 9 -- Visitors to the Petronas Twin Towers are capturing memorable photos with the ASEAN Malaysia 2025 logo of the 12th ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors' Meeting (AFMGM) at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), today.
Inspired by the elegant hibiscus and radiating vibrant ASEAN colours, the logo perfectly embodies the theme "Inclusivity and Sustainability," standing as a powerful symbol of unity that captivates all who pass by and sparks admiration for its striking design.
--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED *** Local Caption ***