KUALA LUMPUR, 26 Jan -- Jika sebelum ini menikmati kek dan pastri sambil menghirup kopi panas sering dikaitkan dengan suasana kafe, kini pengalaman itu beralih ke ruang terbuka apabila aktiviti berkelah bertemakan kek atau dikenali sebagai 'Cakenic' semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat bandar.
Gabungan perkataan cake dan picnic, konsep berkelah luar kebiasaan ini menghimpunkan pencinta kek dan pastri untuk berkongsi hasil air tangan masing-masing di bawah langit terbuka, sekali gus mencipta suasana santai seakan-akan 'buffet kek terbuka'.
Memasuki edisi ketujuh, Cakenic: A Garden Picnic kali ini tampil dengan kelainan apabila mengetengahkan tema klasik, bukan sahaja melalui busana peserta yang mengenakan pakaian Melayu tradisional, malah turut diserikan dengan hiasan kek berinspirasikan kuih-muih Melayu.
Lebih 300 peserta berpeluang menikmati pengalaman berpiknik di latar ikonik Menara Kuala Lumpur baru-baru ini, sekali gus menghidupkan nostalgia berkelah ala klasik dalam sentuhan moden, kata penganjur Syahirah Mohamad Kasim.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, Jan 26 -- It was truly a one-of-a-kind experience — indulging in an array of cakes and pastries at a picnic-style gathering set against the iconic backdrop of the Kuala Lumpur Tower here.
Organised by Vanillicious Baking Studio owner Syahirah Mohamad Kasim, dubbed Cakenic: A Garden Picnic, saw over 300 cake and pastry enthusiasts bringing their homemade creations to the unconventional open-air "buffet".
Now in its seventh edition, Cakenic introduced a fresh twist with its classic theme. The participants donned traditional Malay attire, while their cake decorations were inspired by traditional Malay kuih.
--fotoBERNAMA (2026) COPYRIGHT RESERVED