KUALA LUMPUR, 18 Feb -- Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Setiausaha Agung Agensi Berita Xinhua, Xu Yuchang (dua, kanan) ketika menerima kunjungan hormat dari beliau di Bilik Mesyuarat Panorama, Angkasapuri, hari ini.
Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (tiga, kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin (kiri).
Pertemuan itu membincangkan mengenai kerjasama media antara China dan Malaysia.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA