SUBANG JAYA, 27 Ogos -- Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersalaman dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil sebelum berangkat pulang ke Brunei hari ini selepas mengakhiri lawatan negara ke Malaysia selama tiga hari bermula Isnin.
Pesawat khas membawa Sultan Hassanal Bolkiah bersama delegasi termasuk Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, menteri-menteri Kabinet serta pegawai kanan kerajaan Brunei berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada 3.05 petang.
Hadir mengiringi keberangkatan pulang baginda serta delegasi ialah Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA