KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil menyantuni mangsa kebakaran yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama Al-Khawarizmi.
Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Datuk Ameer Ali Mydin.
Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam malam tadi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA