KUALA LUMPUR, 8 Ogos -- Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil (tiga, kanan) mendengar taklimat daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai Baharu, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said (dua, kanan) ketika melawat lokasi kebakaran yang menyebabkan beberapa buah lot kedai dan rumah di Pantai Dalam terbakar dalam kejadian malam tadi.
Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam malam tadi.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA