MUAR, 25 Julai -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin (kiri) serta Ketua Pengarah JAPEN, Julina Johan (kanan) bermain sukan rakyat pada program Bersama Aktifkan Kesukarelawanan Teras Inspirasi (BAKTI) Komuniti MADANI di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA