KUALA LUMPUR, 8 Julai -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) menunjukkan piala Festival Filem Malaysia (FFM) ke-34 pada sebuah sidang media pertama FFM ke-34, di bangunan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin (dua, kiri), Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Hans Isaac (dua, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib (kanan).
Industri perfileman tempatan mencatat peningkatan ketara apabila merekodkan kutipan box office berjumlah RM162.89 juta setakat 30 Jun 2025, mengatasi kutipan sepanjang tahun lalu.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA