KUALA LUMPUR, 25 Okt -- Aroma nasi lemak dan kuih-muih tradisional Malaysia menyambut kehadiran delegasi yang menghadiri mesyuarat menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang akan bermula esok hingga 28 Okt ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Inilah kuasa lembut Malaysia yang mana diplomasi tidak semestinya berlaku di meja rundingan, sebaliknya ia juga boleh bermula dengan 'diplomasi makanan' melalui sebungkus nasi lemak dan sekeping kuih.
Ketika sidang dan perbincangan dasar sedang berlangsung, Parkview Cafe di Aras 1 KLCC menjadi ruang para delegasi menikmati secawan kopi dan mencipta memori baharu yang pastinya akan menjadi kenangan manis.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, Oct 25 -- The aroma of nasi lemak and traditional Malaysian kuih-muih (traditional Malay delicacies) greets delegates attending meetings ahead of the 47th ASEAN Summit and Related Summits, from tomorrow until Oct 28 at the Kuala Lumpur Convention Centre.
This reflects Malaysia's soft power in diplomacy, showing that meaningful engagement does not only take place at the negotiation table but can also begin through 'food diplomacy' with a packet of nasi lemak and a piece of kuih.
As discussions and high-level deliberations progress, Parkview Cafe on Level 1 of KLCC provides a welcoming space for delegates to enjoy a cup of coffee, fostering connections and shared experiences beyond formal meetings.
--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED