KUALA LUMPUR, Oct 23 -- Ministers and their senior officials from ASEAN member states start arriving in Malaysia to participate in meetings related to the 47th ASEAN Summit and Related Summits at the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
A check around the capital finds several major roads, including Jalan Ampang, Jalan Tun Razak and the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH), experiencing congestion since early morning due to temporary road closures implemented as part of traffic control measures for the summit.
Vehicles move slowly, while members of the public plan their journeys earlier to avoid traffic congestion.
The summit aims to enhance regional cooperation in economic, security and sustainable development sectors across ASEAN.
--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
KUALA LUMPUR, 23 Okt -- Menteri dan pegawai kanan dari negara anggota ASEAN mula tiba di Malaysia untuk menghadiri mesyuarat sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Tinjauan di sekitar ibu negara mendapati beberapa laluan utama seperti Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) mengalami kesesakan sejak awal pagi berikutan penutupan jalan sementara yang dilaksanakan sebagai sebahagian daripada langkah kawalan trafik untuk sidang kemuncak tersebut.
Kenderaan bergerak perlahan, manakala orang ramai merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sidang kemuncak itu bertujuan mempertingkat kerjasama serantau dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pembangunan mampan di seluruh ASEAN.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA