KOTA TINGGI, 27 Feb -- Pengurus Besar dan pemilik generasi ketiga syarikat Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, Goh Yong Kian, 36, menunjukkan biji kopi tempatan 'Liberica' semasa ditemui Bernama pada pameran yang diadakan sempena Permukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru, pada Rabu.
Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
Yong Kian berkata pada masa ini, syarikat tersebut membekalkan serbuk kopi mereka kepada lebih daripada 100 kedai kopi di Malaysia dan Singapura, dengan jenama kopi utama mereka, Kluang Coffee Cap Television, tersedia di kedai-kedai runcit dan pasar raya di Malaysia.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KOTA TINGGI, Feb 27 -- General manager and third-generation owner Goh Yong Kian, 36, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd shows local 'Liberica' coffee beans during an interview with Bernama at an exhibition held in conjunction with the 31st ASEAN Economic Ministers' (AEM) Retreat in Desaru on Wednesday.
Local coffee powder manufacturer Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd aims to achieve RM31.5 million revenue in 2025, up five per cent from RM30 million last year, driven by strong demand from customers in both physical and online marketplaces.
Yong Kian, said currently, the company supplies its coffee powder to more than 100 coffee shops in Malaysia and Singapore, with its main coffee brand, Kluang Coffee Cap Television available at commercial stores and supermarkets in Malaysia.
--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED