KOTA TINGGI, 26 Feb –- Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Operasi The Johor Collection (TJC) Sdn Bhd Ahmad Bukhari A Rahim (kanan) menunjukkan replika Gambus dan corak Benang Johor merupakan antara buah tangan eksklusif yang akan diberikan kepada delegasi kenamaan sempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
Ahmad Bukhari berkata pihaknya diberikan peranan untuk menyediakan cenderahati tersebut yang menggabungkan dua elemen identiti kebanggaan negeri Johor.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA