KOTA TINGGI, 26 Feb –- Antara cenderahati disediakan oleh The Johor Collection yang menunjukkan identiti negeri Johor.
Replika Gambus dan corak Benang Johor merupakan antara buah tangan eksklusif yang akan diberikan kepada delegasi kenamaan sempena Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Operasi The Johor Collection (TJC) Sdn Bhd Ahmad Bukhari A Rahim berkata pihaknya diberikan peranan untuk menyediakan cenderahati tersebut yang menggabungkan dua elemen identiti kebanggaan negeri Johor.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA