KUALA LUMPUR, 27 Mei -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga, kiri) mendengar penerangan daripada Editor Meja Foto Mohamad Bakri Darus (dua, kiri) ketika melawat Pusat Operasi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Pusat Media Antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Turut mengiringi Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (tiga, kanan).
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA