LANGKAWI, 18 Jan -- Pegawai Pemasaran Kraftangan Berasaskan Kayu, Azrizal Abd Aziz, bersama dengan barang seni dan cenderamata yang dihasilkan melalui teknik ukiran oleh artis tempatan, di reruai kraftangan yang dibuka sempena Permukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang bermula hari ini.
Mengambil inspirasi daripada kekayaan alam semulajadi Malaysia, antara kraftangan yang dipamerkan termasuk hiasan dinding, bekas lilin, pelapik gelas, dan beg tangan.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA