BUTTERWORTH, 8 Jan -- Bendera negara ASEAN dipasang berhampiran bangunan Penang Sentral menandakan permulaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, lebih 300 mesyuarat dan program utama akan diadakan di seluruh negara sepanjang tahun.
Sebagai tuan rumah, Malaysia akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif dalam kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, dan penjagaan kesihatan.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA