KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Papan tanda Kepengerusian ASEAN - Malaysia 2025 menghiasi sekitar ibu negara menandakan Malaysia secara rasmi memegang jawatan Pengerusi ASEAN bermula 1 Jan 2025.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan”, lebih 300 mesyuarat dan program utama akan diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Sebagai tuan rumah, Malaysia akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif dalam kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, dan penjagaan kesihatan.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA