KUALA LUMPUR, 4 Jan -- Papan tanda ASEAN 2025 mula menghiasi ibu negara, menandakan permulaan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 ketika tinjauan fotoBernama di Bukit Bintang hari ini.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", lebih 300 mesyuarat dan program utama akan diadakan di seluruh negara sepanjang tahun.
Sebagai tuan rumah, Malaysia akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif dalam kecerdasan buatan (Al), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, dan penjagaan kesihatan.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, Jan 4 -- ASEAN 2025 billboard have begun to adorn the capital, marking the beginning of Malaysia's role as ASEAN chair for 2025, as seen in a photo of Bernama in Bukit Bintang today.
Under the theme of "Inclusivity and Sustainability"," more than 300 meetings and key programmes will be held across the country throughout the year.
As host, Malaysia will focus on implementing initiatives in the areas of artificial intelligence (AI), renewable energy, tourism and healthcare.