KUALA LUMPUR , 21 Mei -- Logo rasmi sempena Kepengerusian ASEAN - MALAYSIA 2025 kini mula dipamerkan di sekitar ibu negara termasuk pada bas GOKL, stesen LRT KL Sentral sebagai sebahagian usaha hebahan kepada orang ramai menjelang SIDANG KEMUNCAK ASEAN KE-46 hari ini.
Dengan tema "Keterangkuman dan Kemampanan", lebih 300 mesyuarat dan program utama akan diadakan di seluruh negara sepanjang tahun.Sebagai tuan rumah, Malaysia akan memfokuskan pelaksanaan inisiatif dalam kecerdasan buatan (Al), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, dan penjagaan kesihatan.
Semakin banyak promosi dijalankan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang dijangka menghimpunkan sekitar 20,000 peserta, termasuk ketua negara, perwakilan, dan pegawai dari negara-negara anggota serta rakan dialog seperti China dan negara-negara Teluk yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA