KUALA LUMPUR, 1 Jan -- Malaysia melangkah ke tahun 2025 dengan penuh keyakinan apabila secara rasmi mengambil alih Kepengerusian ASEAN, menyediakan pentas kepada pelbagai acara antarabangsa yang bertujuan memperkukuh hubungan diplomatik pelbagai hala, meningkatkan kerjasama serantau, dan membentuk landskap geopolitik global yang lebih meluas.
Menyandang kerusi pengerusi buat kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967, Malaysia bertekad memacu kumpulan serantau ini ke arah keamanan, kestabilan, dan kemakmuran bersama, meskipun berdepan perubahan global yang dinamik.
Dengan tema ?Keterangkuman dan Kemampanan?, Malaysia akan menganjurkan lebih 300 mesyuarat dan program utama di seluruh negara sepanjang tahun.
Sebagai tuan rumah, Malaysia juga akan melaksanakan pelbagai inisiatif, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), tenaga boleh diperbaharui, pelancongan, dan penjagaan kesihatan.
-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA