PUTRAJAYA, 21 Mei -- Laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke pusat bandar raya ibu negara kini dihiasi dengan gegantung (banner) dan papan iklan bertemakan ASEAN, seolah-olah menyambut dan mengalu-alukan ketibaan para pemimpin serta delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.
Tinjauan Bernama mendapati hiasan yang dipasang di sepanjang Lebuhraya KLIA, Lebuhraya Maju (MEX), Lebuhraya Sungai Besi serta kawasan sekitar Putrajaya ini bukan sekadar menambahkan seri suasana, malah memberikan gambaran awal tentang sambutan mesra Malaysia sebagai tuan rumah.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
PUTRAJAYA, May 21 -- The route from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) to the capital city centre is now adorned with ASEAN-themed banners and billboards, seemingly welcoming the arrival of leaders and delegates attending the ASEAN Summit 2025.
A Bernama survey found that the decorations along the KLIA Highway, Maju Expressway (MEX), Sungai Besi Highway, and the surrounding areas of Putrajaya not only add vibrancy to the atmosphere but also offer an early glimpse of Malaysia's warm hospitality as the host nation.
--fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED